Tuesday, June 12, 2007

8 Hari di Korea

Hari Pertama
Kami tiba di Lapangan Terbang Incheon-Korea pada pukul 6.30 pagi. Dengan segera, kami menaiki bas dengan semua beg-beg kami dan memulakan pelancongan kawasan bandar Seoul.
Kami mengunjung tempat-tempat seperti Blue House, Deok Su Gung Palace, Pasar Dong Dae Mun, Tugu Peperangan Korea dan Pusat Membeli-belah Doota.

Setelah itu, kami ke syarikat LG. Saya dapat mempelajari lebih tentang perdagangan hasil dan produk mereka. Dewan pameran mereka amat canggih dan dibina khas untuk mendidik para pengunjung tentang tahap teknologi yang tercapai oleh syarikat mereka. Saya amat puas mengunjung tempat ini.


Selepas itu, kami pun ke hotel pertama di mana kami menetap pada malam pertama. Hotel itu dipanggil Sofitel Ambassador Seoul.

Hari Kedua

Kami ke sebuah sungai bernama Cheong Gye Cheon. Ia sebuah sungai semulajadi yang mengalir di tengah bandar Seoul yang diubahsuaikan supaya lebih cantik.


Setelah itu, kami ke sebuah sekolah di daerah pergunungan di Gangwondo. Sekolah itu sangat besar. Ia lebih besar daripada sekolah kami. Sekolah itu dibina oleh seorang pedagang susu untuk murid-murid yang lebih berbakat dan mereka tidak perlu membayar yuran pendidikan kerana hasil wang daripada perdagangan susu itu digunakan untuk semua perbelanjaan di sekolah itu. Saya diberi peluang untuk bertemu dan berbual dengan beberapa murid-murid di sekolah itu. Mereka berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna dengan mudah kerana semua pelajaran mereka diadakan dalam bahasa Inggeris. Saya telah mempelajari tentang para remaja di Korea yang sama usia dengan saya dan bagaimana mereka berbeza dan juga persamaan antara mereka dan kami di Singapura.

Setelah puas, kita pun ke tempat menetap kami yang kedua. Phoenix Park Ski Resort terletak di gunung dan ia mempunyai tempat dan kemudahan untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti ski.

Hari Ketiga

Hari ini kami ke Pusat belia Pyeong Chang Kebangsaan, yang terletak tidak jauh daripada Phoenix Park Resort. Di sana saya dapat mengalami dan mencabar diri sendiri dalam beberapa bidang seperti muzik, pertahanan diri, seni, sukan dan juga astronomi. Saya rasa amat seronok apabila mencuba aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya tidak berpeluang untuk diajar melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
Kami di sana sehingga malam. Setelah itu, kami pulang ke hotel.

Hari Keempat

Kami berangkat ke daerah DaeJeon. Di sana kami ke Muzium Sains Kebangsaan. Di sana kami dapat melihat banyak benda-benda dan artifak yang relevan dalam bidang sains dan sejarah sains, terutamanya Pembangunan Sains. Mereka juga mengadakan pameran khas bagi menunjukkan pembangunan sains dan teknologi di Korea.


Beberapa pameran di sana juga serupa dengan pameran di Pusat Sains Singapura, seperti ini. Setelah itu, kami ke Muzium Pelajaraan Hanbat. Di sana kami dapat melihat perkembangan Pelajaran di Korea. Daripada buku-buku lama, kepada perabot-perabot yang digunakan oleh sekolah-sekolah lama. Kami dapat menjejaki perjalanan pelajaran di Korea pada masa dahulu.
Setelah itu, kami ke Hotel YouSung untuk bermalam di sana.

Hari Kelima

Kami menaiki bas untuk ke Taman Expo DaeJeon. Di sana, terdapat beberapa pameran yang berbentuk 'wayang', di mana para pengunjung harus datang pada masa-masa yang tertentu supaya dapat memasuki 'wayang' itu dan menonton dan mengalami filem khas bagi setiap pameran.

Filem-filem yang ditayang semua mempunyai ciri-ciri unik masing-masing, mengikut tema pameran. Ada yang 3D, ada yang seperti IMAX(gambar), dan ada yang membolehkan penonton mengalami dengan lebih sambil menduduki dalam kerusi yang bergerak mengikut filem yang ditayang.


Gambar ini menunjuk salah satu pameran. Ia dipanggil 'Technopia'. Tayangan filem dalam pameran ini menunjukkan perkara tentang teknologi.

Setelah puas di sana sepanjang setengah hari itu, kami ke daerah kekampungan berdekatan dengan daerah Seoul. Ia dipanggil Korean folk Village. Di sana para pengunjung dapat mengalami hari-hari kekampungan di Korea, membeli barangan olah-olah dan sebagainya. Kami dapat menonton persembahan akrobat.

Rombongan ini sedang melakukan pernikahan antara sebuah pasangan.


Setelah itu, kami ke hotel terakhir kami yang bernama Seoul Palace Hotel.


Hari Keenam

Kami ke Demilitarized Zone (DMZ). DMZ ialah sebidang tanah yang tidak dijejaki selama beberapa tahun kerana ia salah satu cara untuk merapatkan perhubungan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Kedua-dua pihak telah berperang di kawasan itu selama masa yang panjang dan satu hari mereka berputus untuk berhenti berperang dan mengukir garisan sepanjang perpulauan itu dan memisahkan Korea Utara daripada Korea Selatan.



'Unification Bridge' Pandangan Korea Utara daripada kawasan berdekatan DMZ. Kami hanya boleh mengambil gambar di belakang garisan itu.

Sebuah lukisan 'Korail'. Ia sebuah sistem Keretapi yang menghubungkan kedua-dua pihak.

Stesen Korail di mana orang yang diizinkan dapat menaiki keretapi untuk ke Korea Utara. Seorang pegawai polis sedang bertugas. Di daerah DMZ ramai pegawai keselamatan bertugas.

Setelah itu, kami ke Namsangol Hanok Village. Ia serupa dengan Korean Folk Village. Tetapi ia terletak di pertengahan Seoul. Di situ, kami dapat mengalami beberapa aspek Tradisional Korea seperti kaligrafi, permainan tradisional, dan sebagainya.

Kami juga dapat menonton pertunjukan seni seperti joget dan muzik tradisional Korea. Selepas itu,kami pulang ke hotel.


Hari Ketujuh


Hari ini kami ke Taman Permainan Seoul Grand Park. Ia boleh dibahagi ke beberapa kawasan. Kami ke Taman Haiwan dan Seoul Land.

Kami di sana selama beberapa jam, supaya berpuas hati menaiki permainan yang 'liar' seperti rollercoaster, kapal Viking, dan sebagainya(tiada gambar, kamera rosak).

Setelah itu, kami ke Muzium Seni. Kami ke sana dengan tujuan untuk mempelajari lebih tentang mata pelajaran LA. Malam itu, kami ke Pusat membeli belah yang berdekatan dengan hotel kami untuk berbelanja. Saya tidak dapat membeli banyak kerana hampir kesemua benda di sana amat mahal, berbanding dengan Singapura. Selepas itu, kami pulang ke hotel.

Hari Kelapan

Hari terakhir, kami ke syarikat dan kilang KIA.


Kami mempelajari tentang inovasi dan perdagangan, seperti di LG.

Setelah lapan hari di Korea, kami semua puas dan letih daripada semua perjalanan dan pendapatan, baik pengalaman atau olah-olah. Kami pulang ke Singapura, menaiki KE641, dan tiba di Singapura pada pukul 9.25 malam.

TAMAT!!!