Monday, July 28, 2008

Karangan 6

Akan Datang
Inovasi dan Kreativiti di Burj Al Arab

Saturday, July 26, 2008

Karangan 5

PERTANDINGAN UJI BAKAT YANG DIANJURKAN STESEN-STESEN TELEVISYEN BERMANFAAT.

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat pertandingan-pertandingan uji bakat di televisyen seperti Idola Amerika, The Dance Floor, dan sebagainya. Namun, suatu isu yang boleh diperdebatkan ialah manfaat yang diperoleh daripada pertandingan uji bakat tersebut. Ada yang setuju, ada yang tidak. Contoh ini ialah rancangan-rancangan televisyen yang mengenal pasti bakat-bakat tertentu dalam diri peserta dan mengadakan pertandingan antara bakat-bakat yang terpilih untuk mencari juara, sering kali melalui undian secara besar-besaran, seperti Idola Asia, Star Search, dan sebagainya. Namun adakah pertandingan-pertandingan ini benar-benar bermanfaat?

Pertama sekali, pertandingan uji bakat ini bermanfaat kerana ia merupakan sebuah landasan di mana ramai orang yang berbakat dapat dikenal ramai. Apabila musimnya tiba untuk mengadakan uji bakat pusingan pertama, ramai orang akan mencuba nasib dan ketika ini, penonton di rumah dapat mengenali peserta-peserta ini, terutamanya bagi yang benar-benar berbakat. Jika peserta tidak memenangi apa-apa pun, mereka telah mendapat galakan untuk menceburi bidang tersebut. Sebagai contoh, rancangan ‘Britain’s Got Talent’ memaparkan semua peserta daripada pusingan pertama. Oleh kerana ini, ramai orang yang berbakat dapat menunjukkan kebolehan mereka kepada khalayak ramai. Dan para peserta yang tidak menang juga diberi peluang untuk menghibur para penonton dengan cara yang kreatif. Ini menunjukkan bahawa program-program pertandingan uji bakat ini bermanfaat kerana dapat menjadi saluranuntuk mencungkil bakat-bakat seseorang yang terpendam selama ini.

Walaupun peserta yang tidak menang telah mencuba, sering kali mereka menjadi mangsa kepada kata-kata yang pedad para pengadil. Para pengadil seperti ini memberi pandanganperibadi mereka tentang bakat peserta, dan mungkin terlalu pedas dan menyakitkan hati peserta. Sebagai contoh, seorang pengadil terkena di dunia muzik popular, terutamanya Idola Amerika, ialah Simon Cowell. Simon Cowell sangat terkenal keranakomen pedasnya terhadap peserta-peserta yang tidak menarik perhatiannya.Lantas, para peserta mungkin hilang keyakinan diri dan mula berfikir bahawa mereka benar-benar memang tidak berbakat, walaupun itu tidak benar. Ini merupakan kesan negatif pertandingan-pertandinganseperti ini kerana pertandingan-pertandingan uji bakat seperti ini boleh melemahkan keyakinan diri peserta yang berbakat.

Namun ada yang berpandangan pertandingan-pertandingan ini bermanfaat. Pertandingan uji bakat ini bermanfaat kerana dapat mengharumkan lagi nama negara di pentas antarabangsa.Seringkali,johan sesebuah pertandingandapat menolong negaranya dengan menarik perhatian orang asing kepada bidang muzik di negara tersebut. Johan pertandingan itu bertindak sebagai duta negaranya. Sebagai contoh, pemenang pertandingan Idola Singapura Kedua, Hady Mirza, telah mengambil bahagian dan mewakili Singapura dalam pertandingan Idola Asia, yang berperingkat antarabangsa di asia. Sejak kemenangan Hady dalam Idola Asia, nama Singapura harum. Di sampingan itu, rakyat Singapura turut berasa bangga menjadi warga negara yang memenangi pertandingan tersebut. Ini suatu manfaat kerana nama negara harum dan mendapat perhatian antarabangsa melalui pertandingan uji bakat tersebut.

Namun, boleh juga berlaku kes di mana wakil negara tersebut menconteng arang di muka negara yang dia wakili. Bukannya wakil negara ini mengharumkan nama negara, sebaliknya memalukan negara kerana perkara-perkara yang dilakukan. Ini kerana wakil negara ituseorang yang terkenal di peringkat antarabangsa dan terdapat jauh lebih ramai orang yang memerhatikan gerak geri mereka yang dianggap seperti selebriti ini. Tahun lalu, wakil Amerika Syarikat di pentas ‘Miss Universe’, Tara Connor, telah memalukan watannya kerana telah menyalahgunakan dadah. Ini telah membawa malu kepada Amerika Syarikat kerana warga negaranya yang tidak menunjukkan contoh yang baik. Ini berlaku mungkin kerana gaya hidupnya yang lebih mewah dan lebih banyak berpesta. Oleh itu, kesan-kesan buruk yang lain boleh berlaku, seperti mempengaruhi generasi muda secara negatif. Belia mungkinmenganggap dadah sebagai sesuatu yang normal dan tidak salah kerana mencontohi idolanya itu. Ini menunjukkan bahawa pertandingan ujibakat tidak bermanfaat, malah membawa kesan negatif yang amat buruk.

Meskipun begitu, boleh diperdebatkan bahawa bukan semua pemenang pertandingan uji bakat ini menjadi contoh negatif. Ada juga ramai pemenang yang menjadi contoh yang baik, kerana hidup mereka berubah menjadi senang dan mewah daripada hidup yan susah. Satu contoh ialah Paul Potts, pemenang ‘Britain’s Got Talent’, yang hidupannya seperti tikus jatuh ke beras. Sebelum memenangi pertandingan tersebut, Paul Potts merupakan seorang penjual telefon bimbit yang berpendapatan kecil. Pada mulanya, dia tidak berkeyakinan diri. Setelah memenangi pertandingan tersebut, Paul Potts lebih berkeyakinan diri dan menjalani hidup lebih senang. Ini salah satu contoh daripada ramai orang yang mengalami perubahan hidup yang sama, seperti Paul Potts, Jordin Sparks, dan lain-lain lagi. Contoh ini menunjukkan bahawa ada manfaat daripada pertandingan-pertandingan uji bakat kerana ia mampu mengubah nasib pesertanya menjadi lebih cerah.

Sebagai kesimpulan, saya bersetuju bahawa pertandingan uji bakat televisyen bermanfaat. Pertandingan-pertandingan serupa ini hanya sebagai wadah. Jika pemenangnya tidak berusaha dengan gigh, manfaat yang bakal diraih tidak akan berpanjangan. Saya harap pemenang-pemenang pertandingan seterusnya merupakan orang yang berhati mulia, supaya sesuai dicontohi.

Ulasan Buku

Ulasan Buku
Tragedi Nadra oleh Haja Maideen

Tragedi Nadra menceritakan tentang kisah Maria Hertogh, yang juga dipanggil Nadra. Maria Hertogh merupakan seorang perempuan yang dilahirkan dalam keluarga Belanda. Ibu kandungnya, Adeline Hertogh, memberi Maria kepada Che Aminah Binte Mohamed. Maria dididik sebagai seorang Muslim di Indonesia dan sangat disukai oleh ramai orang kerana rupanya yang cantik dan kebolehannya yang hebat. Che Aminah dan Nadra sangat rapat. Nadra berpakaian Melayu, bertutur Melayu dan juga merupakan seorang Muslim yang bertakwa.
Satu hari, ibubapa kandung Nadra meminta Aminah supaya Nadra dipulangkan kepada mereka. Mereka membentang kes ini di makhamah dan Nadra disuruh pulang kepada ibubapa kandungnya, walaupun dia sendiri tidak setuju. Beberapa hari kemudian, Nadra dan Aminah memenangi kes tersebut kerana beberapa aspek yang tidak diambil berat. Empat hari kemudian, Nadra bernikah dengan Mansoor Abadi. Pada masa itu, Nadra berusia 14 tahun. Ibubapa kandungnya membawa kes ini serta kes sebelumnya ke makhamah sekali lagi. Oleh kerana bapa semulajadi Nadra seorang Belanda, dan usia minima untuk perkahwinan di Belanda ialah 16 tahun, perkahwinannya dianggap melanggar peraturan. Juga, setelah mendalami lebih ke dalam kes ini, Nadra sekali lagi disuruh pulang ke ibubapa semulajadinya.
Maria menetap di Roman Catholic Convent of the Good Shepherd di Thomson Road sebagai rumah sementara, kerana ibubapa semulajadinya tiada rumah di Singapura. Banyak gambar dan artikel di beberapa akhbar dan majalah memaparkan Nadra sudah memeluk agama Katolik. Akhbar Melyu tempatan pula memaparkan hidupnya di sana sebagai sedih. Ramai orang tempatan (kebanyakan Melayu) menjadi marah terhadap isu ini.
Pada 11 December 1950, sebuah rusuhan yang paling teruk di Singapura tercetus. Mereka memangsakan sesiapa yang berketurunan Eropah dan juga menjahanamkan kebanyakan kereta di tepi jalan. Pegawai polis (kebanyakan Melayu) tidak begitu cerdas dalam mengawal situasi tersebut kerana bersetuju dengan pandangan mereka. Empat hari kemudian, rusuhan teruk itu dapat dikawal. Namun, ia mungkin terlambat. Tujuh orang bangsawan Eropah telah dibunuh, beratus-ratus orang yang cedera para dan lebih seratus kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan remuk redam.
Nadra kemudian dibawa oleh ibubapa kandungnya ke Belanda, tempat diamannya dari masa itu. Dia terpaksa menjadi seorang Katolik di Belanda. Walaubagaimana pun, Nadra masih bersembahyang lima kali sehari. Dia berkahwin dan beranak sepuluh.
Namun, dia tidak selesa dengan hidupnya. Dia dibawa ke makhamah sekali lagi kerana mengupah beberapa orang untuk membunuh suaminya. Setelah dibincangkan, Nadra dikatakan tidak bersalah. Dalam masa Nadra di Belanda, Aminah pun meninggal.

Apabila saya membaca tentang kisah Nadra, saya terasa amat sedih. Hidupnya sangat kasar dan sukar kerana ibubapa kandungnya yang hanya mahukan Nadra dipulangkan kepada mereka, tanpa memikirkan tentang kehendakan Nadra. Saya rasa amat sedih apabila Nadra dan Aminah dipisahkan selepas kalahan mereka di makhamah. Pada pendapat saya, seorang anak yang menyayangi ibunya tidak patut dipisahkan, walaupun ibunya bukan ibu kandungnya. Bayangkanlah, anda dipishakan daripada ibu kesayangan anda lalu diberi ke ibu kandung anda yang memberi anda kepada orang lain. Saya rasa ibubapa kandungnya patut mengizinkan Nadra tinggal dengan Aminah, dan mungkin bertanyakan tentang kesihatan dan keselamatannya. Walaubagaimana pun, kita tidak tahu mengapa ibubapa Nadra benar-benar mahukan Nadra. Buku ini tidak memaparkan kedua-dua pandangan, malah pandangan Aminah sahaja. Mungkin ia kerana buku ini tentang Nadra sendiri, dan apa yang dimahukan oleh Nadra sendiri ialah untuk berdiam dengan Aminah. Daripada buku ini, Nadra tidak begitu selesa di Belanda, hinggakan dia mahu membunuh suaminya. Nadra pun tidak berpeluang untuk bersua muka dengan Aminah sebelum kematiannya.
Selepas membaca tentang Nadra, saya benar-benar bersimpati dan amat kecewa, kerana pada zaman dahulu, makhamah di Singapura tidak mengambil berat tentang isu-isu sensitif seperti agama dan sebagainya. Inilah yang mencetuskan ketidakpuasan ramai, termasuk Nadra.

Sebenarnya, buku ini sebuah terjemahan daripada sebuah buku Inggeris. Namun, isi kandungannya menarik dan sangat jelas. Malah, kadang kala ia terlalu jelas, ia menceritakan perkara-perkara yang tidak begitu penting dalam jalan cerita ini. Juga, saya dapati bahawa terdapat banyak ulangan yang diadakan pada beberapa butiran yang telah dibincangkan. Buku ini ditulis secara umum, iaitu tidak begitu berperasaan, walaupun isinya sedih. Ini mungkin kerana ia harus menceritakan secara objektif. Penulis menunjukkan bahawa dia berpengetahuan umum. Terdapat banyak butiran informasi untuk membolehkan pembaca supaya lebih memahami cerita. Secara luas, saya rasa buku ini sederhana sahaja, tetapi ia berguna untuk sesiapa yang mahu mengkaji atau mendalami kisah ini.

Karangan 4

Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya

Hari itu di sekolah, Johan pertama kali menggunakan komputer. Johan berumur lapan tahun. Dia amat kagum akan kebolehan komputer dan sangat minginginkan sebuah komputer peribadi. Sewaktu makan malam, Johan bertanya ayahnya, Johari, “Ayah, bolehkah ayah belikan Johan sebuah komputer? Johan telah mencubainya di sekolah pagi tadi. Johan mahu komputer sendiri.”

Johari pun mengangguk kerana sangat menyayangi anak tunggalnya, walaupun Johari tahu bahawa dia tidak mampu membeli sebuah komputer untuk sesiapa pun. Dia menghadapi masalah kewangan. Johari tinggal dengan isterinya dan Johan. Johari seorang pekerja di sebuah kilang, dan gajinya hanya menepati perbelanjaan sebulan sahaja. Selain itu, Johari dan keluarganya tidak mempunyai wang yang boleh digunakan untuk membeli apa-apa pun, apatah lagi untuk membeli sebuah komputer peribadi.

Isteri Johari, Rohani, telah memerhatikan perbualan antara mereka berdua. Dia terasa keberatan untuk berkata apa-apa di hadapan anaknya. Pada pukul sepuluh malam, Johan pun telah tidur. Rohani mula berkata kepada Johari, “Abang, tadi kau berjanji dengan Johan untuk membelikan sebuah komputer. Macam mana Abang mahu mendapatkannya? Kita sedang menghadapi masalah kewangan.”

“Saya tahu, tetapi saya mahu membelikan sebuah komputer untuknya kerana saya mahu Johan mendapat apa sahaja yang kanak-kanak lain mendapat supaya dia boleh menjadi seorang yang bijak dan senang dalam hidupnya nanti,” balas Johari, “Saya rasa saya akan mengambil pekerjaan kedua untuk mendapatkan wang.”

Dengan penuh azam, Johari mula mencari sebuah pekerjaan yang memerlukannya bekerja pada waktu malam, supaya dia boleh mengerjakan dua pertugasan. Dia mencari-cari di dalam akhbar dan akhirnya terjumpa sebuah pekerjaan yang boleh dikerjakannya pada waktu malam.

Pada setiap hari, Johari bekerja di kilang dan seterusnya ke kedai kopi di dekat rumahnya, di mana dia melakukan kerja keduanya pada waktu malam. Dia pulang ke rumah pada pukul sebelas setiap hari. Johari sentiasa terasa letih setelah bekerja selama 15 jam sehari. Tetapi dia tahu dia tidak boleh berhenti kerana dia telah berjanji dengan anak kesayangannya. Johari sedar bahawa setiap titik keringatnya merupakan biji tanaman untuk masa depan keluarganya.

Selama satu bulan, Johan tidak dapat melihat ayahnya pada waktu malam. Dia tidak tahu mengapa ayahnya keluar daripada rumahnya setiap malam, tetapi tidak pernah mencurigakan segalapun kerana diberitahu bahawa ayahnya bekerja lambat.

Pada suatu malam, Johan bertanya ibunya tentang pergerakan ayahnya, “Ibu, Ayah ke mana setiap malam?”

“Johan, kita sebenarnya tidak mampu membeli sebuah komputer. Tetapi, ayah awak telah mengambil pekerjaan kedua hanya untuk mengumpul wang untuk membeli komputer awak,” jelas Rohani.

Johan tersebak. Dia rasa bersalah, tetapi tersentuh. Hati Johan berkecamuk dengan perasaan yang bercampur. Bingung, “Mengapa Ayah berkorban sedemikian hanya untuk membeli sebuah komputer untuk saya?”

Daripada bilik tidurnya, Johan terdengar suara ayahnya. Dia terus bangun lalu ke pintu rumahnya untuk menegur ayahnya. Dia pun tanya, “Ayah, mengapa Ayah bekerja pada waktu malam hanya untuk membeli komputer saya?”

“Johan, apabila seorang itu berjanji akan melakukan sesuatu, dia harus menepati janjinya. Saya telah pun menepati janji saya padamu. Lihatlah di sana,” kata Johari, sambil menunjuk di arah sebuah komputer peribadi yang baru.

Johan mempelajari bahawa ayahnya itu seorang yang sangat mengagumkan kerana sangat baik hati. Dia mempelajari bahawa jikalau kita membuat sesuatu janji, kita harus menepati pada janji tersebut, seperti peribahasa ‘jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya’.

Karangan 3

Tuan

Sikap Remaja Terhadap Kerja-kerja Kemasyarakatan.

Merujuk perkara di atas, saya, Azam bin Hamdi serang pelajar di maktab rendah ingin menyuarakan keprihatinan saya terhadap isu ini. Saya dapati bahawa remaja hari ini tidak lagi memandang serius terhadap kerja-kerja kemasyarakatan. Saya seorang yang aktif bergiat dalam kerja-kerja kemasyarakatan, kerana saya seorang anggota ‘Kelab Interaksi’ di sekolah. Kelab kami sering mengadakan kerja-kerja kemasyarakatan di pelbagai tempat bagi pelbagai badan kebajikan. Sejak kebelakangan ini, saya telah memerhatikan sebuah trend di antara para remaja hari ini yang semakin memandang ringan terhadap kerja-kerja kemasyarakatan.
Saya amat kecewa apabila berhadapan dengan rakan-rakan sebaya yang tidak mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja kemasyarakatan, seperti memungut dana, rawatan ke rumah-rumah kebajikan, dan sebagainya tanpa alasan yang tertentu. Sering kali saya mendengar alsan seperti sibuk, tidak berkelapangan dan sebagainya. Saya rasa alasan ini mungkin boleh menjadi penghalang kerana remaja mungkin terlibat dalam kegiatan lain seperti kegiatan luar darjah, atau aktiviti riadah dengan keluraga atau rakan-rakan. Alasan lain yang sering saya terima ialah remaja sudah memenuhi kriteria minima bagi program pelibatan pelajar dalam masyarakat (CIP). Saya rasa sistem CIP ini membutakan daripada sebab sebenar para pelajar harus melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, jikalau sistem ini ditiadakan, para remaja mungkin tidak akan membuat kerja-kerja kemasyarakatan langsung. Sebab-sebab yang telah dinyatakan menunjukkan bahawa para remaja yang menggunakan alasan-alasan ini hanya berfikir tentang diri sendiri. Pemikiran sebegini mungkin disebabkan oleh gaya hidup mereka yang terlalu selesa dan mewah. Ini menyebabkan mereka mudah melupakan tentang kesusahan orang lain.
Pemikiran yang sedemikian boleh membawa kesan-kesan yang amat membimbangkan. Kesan-kesannya boleh dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan pihak-pihak yang akan terjejas – individu, masyarakat dan negara. Di tahap individu, remaja itu akan lebih mementingkan diri dan tidak mengambil berat terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Dengan ini, remaja seperti itu akan sentiasa bertanya sama ada apa yang mereka miliki itu cukup, tanpa memikirkan tentang golongan yang kurang bernasib baik. Mereka juga tidak pernah menimbangkan tentang apa yang boleh mereka sumbang terhadap pembinaan masyarakat. Pada tahap masyarakat, pemikiran sebegini boleh menyebabkan masalah sosial, di mana semua warga masyarakat hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja dan bertindak sedemikian juga. Kita mungkin menjadi masyarakat yang tidak bersimpati atau tidak mempunyai rasa belas terhadap orang lain. Ini boleh menjejas negara kita. Jikalau warga kita tidak mengambil berat tentang orang lain, pelancong daripada negara+ lain mungkin tidak lagi gemar ke Singapura kerana tidak suka akan sikap warga Singapura terhadap mereka. Ini akan menimbulkan tekanan terhadap perkembangan industri pelancongan singapura. Di tahap negara pula akan timbul masalah jurang stutus yang semakin luas. Yang kaya akan menjadi lebih kaya, yang miskin, hidup mereka bertambah melarat ibarat busut juga ditimbuni anai-anai. Isu jurang status tidak boleh diambil ringan. Isu tersebut boleh menimbulkan lebih masalah lagi seperti peningkatan kadar jenayah dan rusuhan-rusuhan yang bakal menjejas keamanan negara.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan demi mengelakkan lebih masalah. Ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka agar para remaja dapat memahami sebab-sebab mereka harus melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Sekolah juga boleh memainkan peranan dalam mendidik para remaja tentang isu tersebut. Sekolah juga harus meringankan tekanan pelajar memenuhi jangka masa yang minima bagi CIP lalu menggalakkan pelajar agar membuat kerja-kerja kemasyarakatan dengan ikhlas semata-mata untuk menolong golongan yang memerlukan. Dan sebagai Kementerian Pembangunan , Belia dan Sukan, pihak Tuan harus mengambil langkah yang pertama. Pihak Tuan boleh mengadakan kempen-kempen untuk menyedarkan para remaja akan tanggungjawab mereka. Pihak Tuan juga dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan di mana para remaja dapat mempelajari tentang isu ini sambil berhibur,bermain dan sebagainya.
Saya harap tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya supaya dapat mengambil tindakan yang sempurna. Beliaulah yang mencorak masa hadapan kita. Semoga masyarakat kita maju kerana belia kita. Terima kasih.

Yang benar
Azam bin Hamdi

Thursday, July 10, 2008

Ulasan

DUA RAKAN SELAMATKAN WARGA TUA DARI LEMAS

Dua orang remaja telah menyelamatkan seorang warga tua daripada kehanyutan di dalam Sungai Singapura. Pada masa itu, dua orang rakan itu sedang berada di sebuah gerai minuman di kawasan itu. Mereka melihat warga tua itu terjatuh ke dalam sungai itu. Dengan segera, mereka berdua terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan warga tua itu tanpa memikirkan keselamatan sendiri. Mereka membawanya ke tepian lalu pegawai keselamatan tiba untuk mengeluarkan mereka daripada Sungai itu. Kedua-dua remaja diberi pingat penghargaan.

Saya rasa mereka sangat membanggakan kerana menolong orang lain tanpa memikirkan risiko dan keselamatan sendiri. Tindakan sebegini harus dicontohi. Namun, mereka sungguh bernasib baik. Mereka mengancam keselamatan mereka sendiri tanpa memikir tentang risikonya. Mereka sepatutnya mempertimbang sama ada selamat atau tidak dan mengambil kira faktor-faktor penting seperti kebolehan diri, pengalaman, pasang surut air, dan sebagainya. Jika tidak berpengalaman, satu kesilapan mungkin dapat mengorbankan semua. Dan kalau air laut tidak tenteram, mereka mungkin ditarik oleh arus lalu hanyut. Jika mereka inovatif, mungkin mereka terfikir untuk menggunakan tali dan pelampung lalu dilempar ke arah orang tua itu. Ini tidak akan mengancam keselamatan sesiapa pun.

Wednesday, January 23, 2008

Menyingkap Sejarah tahun 2007

Tahun 2007 telah berlalu. Secara umum, perkara yang paling menggembirakan pada tahun itu adalah menuntut di VIP. Saya gembira ke sekolah setiap hari, kerana cabaran-cabaran dan perkara-perkara yang saya hadapi di sini pelbagai seperti Program Helmsman, darmawisata ke Korea, Rumah terbuka VIP, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tidak begitu puas dengan keputusan keseluruhan peperiksaaan saya. Mungkin kerana pengurusan masa saya tidak begitu sempurna. Oleh itu, saya akan lebih sering mengulang kaji pengajaran saya bagi setiap mata pelajaran.

Komen Cikgu Marliza:
"Cikgu juga benar-benar ingin awak berjaya kerana awak pelajar yang begitu berbakat dan berpotensi tinggi. Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Bagi B. Melayu, awak perlu banyak membaca. Doa dan sabar akan membantu awak. Semoga mencapai cita-cita!"