Saturday, March 17, 2007

cuti sekolah

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menghadiri 3 benkel yang berbeza, dua dengan indri dan satu dengan sarah dari 06v12, kalau tidak silap saya.

Pertama, bengkel pengacaraan sempena Gemilang 07. Para petanding harus merakan sebuah video memperkenalkan diri. Ia harus tidak lebih dari 30 saat dan harus kreatif. Peserta-peserta yang baik (32) akan bertanding dalam pusingan suku akhir, lalu 16 peserta yang terbaik lagi akan maju ke pusingan terakhir. Saya terjumpa dengan rakan-rakan saya dari temasek academy(ashraf khan dan taufik). Hadiah: $200, $100, $50. dan pengacara paling popular: $100. Tetamu terhormat ialah bapa Umar!

Kedua, pertandingan pidato. Ini ialah pidato yang sama. Kami memasuki golongan sekolah menengah. Ia berbentuk saringan, jadi berdasarkan tema(masalah remaja), kita akan mendapat topik 30 saat sebelum ke atas pentas untuk berpidato. hanya satu pemidato akan mewakili sekolah kita.

Dan ketiga, penulisan cerpen. peraduan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan maktab rendah. Cerpen harus sepanjang 8 hingga 12 mukasurat. Undang-undang boleh diperolehi daripada saya. Setiap peserta boleh emel sebanyak cerpen yang disukai. Cerpen harus berbahasa melayu baku dan 'terjemahan tidak layak'. Jadi saya harap semua pelajar maktab rendah victoria akan menyertai supaya mengharumkan nama baik dan prestasi kita! hadiah pertama: trophy dan wang tunai $200, kedua: trophy dan $150, ketiga: trophy dan $100. Sepuluh hadiah penghargaan berupa trophy. semua cerpen pemenang akan dibukukan!

Thursday, March 8, 2007

DUNIA KIAN PANAS, INSAN KIAN CEMAS

Cyberita, SPH AsiaOne Ltd; 12 April 2007
http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,93984-1176328740,00.html?
Komentar : 11 April 2007
DUNIA KIAN PANAS, INSAN KIAN CEMAS
SAMPAI bilakah para pemimpin dunia dan birokrat cuba mengelak daripada bertanggungjawab ke atas iklim jagat? Inilah soalan utama di sebalik dokumen penting yang menegaskan jika suhu dunia naik 3.6 darjah Celsius saja berbanding purata suhu dekad 1980-an dan 1990-an, sepertiga spesies akan musnah. Banyak kawasan kering akan menjadi kontang bak gurun. Jutaan insan miskin akan menjadi lebih lapar dan haus. Banjir dan penyakit pula, termasuk pembiakan nyamuk denggi, terus menjadi-jadi. Amaran keras Panel Antara Pemerintah bagi Perubahan Iklim bukan saja amat membimbangkan, malah menggerunkan. Rangkaian 2,000 saintis di bawah riayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu terpaksa berdepan dengan para birokrat bengkeng terutama dari negara yang enggan memeterai Perjanjian Kyoto seperti Amerika Syarikat dan Australia.
Laporan muktamad itu bukanlah satu dokumen yang boleh mengheret sesebuah negara ke mahkamah dunia untuk dibicarakan. Menurut Encik Yvo de Boer, pegawai iklim tertinggi di PBB yang menghasilkan laporan itu sejak 1988, amaran kali ini mengenai pengeluaran gas rumah kaca lebih tegas lagi. Namun bagi kalangan saintis, laporan itu gagal menyatakan kebenaran yang sebenar-benarnya kerana penggunaan bahasa yang sengaja dilunakkan.
Perwakilan dari lebih 120 negara akur langkah besar-besaran perlu dilaksanakan jika nasib dunia hendak dibela. Malangnya, tiada negara mahu dituding sebagai bersalah. Padahal, Amerika selaku pengeluar gas rumah kaca terbesar di dunia (sepertiga), diikuti dengan Eropah, China, India, Brazil dan beberapa negara sedang membangun seperti Indonesia (akibat pembakaran hutan dan lahannya) perlu menunjukkan contoh baik. Jelas kepimpinan dunia amat diperlukan untuk menjayakan pelan jagat bagi melindungi alam sekitar. Tetapi selagi Amerika masih enggan memeterai Perjanjian Kyoto, harapan ini tidak kesampaian.
Dua gergasi Asia, China dan India, juga perlu membuktikan mereka dapat membela alam dengan melaksanakan pembangunan yang seimbang. Tetapi apakah harapan bagi negara pulau kecil seperti Singapura jika air laut terus naik? Walaupun kita berharap kerjasama sejagat terlaksana, kita perlu segera memastikan senario buruk kerosakan alam dapat dibendung. Ini menuntut strategi jangka panjang daripada pembentengan pantai sehingga amalan mesra alam oleh pemerintah, swasta dan warga Singapura
------------------------------------------------------------------------------------------------
ULASAN
Apabila membaca artikel ini, saya rasa terkejut kerana saya tidak sedar akan krisis ini yang sangat mendalam; alam kita semakin hampir dengan ketidak seimbangan dalam segi ekonomi dan alam dan ini juga akan turut menjejas ekosistem dan menyebabkan kekecohan di dunia. Perkara ini amat serius dan jika tidak diselesaikan, boleh menamatkan perkembangan kita. Saya rasa setiap manusia mempunyai tanggungjawab untuk mencintai dan membalas jasa pada alam.
Saya rasa saya setuju dengan pandangan yang diketengahkan dalam artikel ini. Saya rasa negara-negara yang banyak berkuasa harus mengambil langkah untuk memperbaiki kerosakan alam, seperti Amerika Syarikat. Contohnya, merekalah yang mengeluarkan gas rumah kaca terbesar di dunia dan tentu harus menyumbang untuk menolong bumi kita yang malang. Jika negara-negara sebegini mengambil langkah untuk memperbaiki situasi ini, negara-negara lain akan terikut dan semakin lama, bumi kita akan diperbaiki.
Ia penting untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain harus memeterai Perjanjian Kyoto bagi menyempurnakan alam. Setiap manusia harus membalas jasa bumi dan memainkan peranan penting bagi menjagainya dan sentiasa berfikir tentang bumi sebelum melakukan perkara-perkara yang mungkin menjejas alam, seperti pengeluaran gas rumah kaca. Gas tersebut akan meningkatkan suhu alam dan jika tidak ditahan, 'sepertiga spesies mungkin musnah'.
Mesej di dalam artikel ini mungkin untuk menyedarkan kepentingan menjaga alam sekitaran kita. Kerana kita membiarkan alam sebegitu dan tidak mempeduli dengan masa depan alam, kita menjadi buta dan tuli akan masalah seperti ini.Kita harus memahami bahawa apa-apa yang kita melakukan, tentu ada balasan atau perkara yang berlaku kepada kita kerana kelakuan kita. Inilah yang kita harus pelajari untuk memahami apa-apa situasi yang serupa.
KOSA KATA
menggerunkan- mengkhuatirkan
memeterai- membuat perjanjian
mengheret- membawa
tidak kesampaian- gagal tercapai
dibendung- diselesaikan

Wednesday, March 7, 2007

Hi cikgu!
hi
adeeb here
ini blog pertama saya!