Thursday, July 10, 2008

Ulasan

DUA RAKAN SELAMATKAN WARGA TUA DARI LEMAS

Dua orang remaja telah menyelamatkan seorang warga tua daripada kehanyutan di dalam Sungai Singapura. Pada masa itu, dua orang rakan itu sedang berada di sebuah gerai minuman di kawasan itu. Mereka melihat warga tua itu terjatuh ke dalam sungai itu. Dengan segera, mereka berdua terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan warga tua itu tanpa memikirkan keselamatan sendiri. Mereka membawanya ke tepian lalu pegawai keselamatan tiba untuk mengeluarkan mereka daripada Sungai itu. Kedua-dua remaja diberi pingat penghargaan.

Saya rasa mereka sangat membanggakan kerana menolong orang lain tanpa memikirkan risiko dan keselamatan sendiri. Tindakan sebegini harus dicontohi. Namun, mereka sungguh bernasib baik. Mereka mengancam keselamatan mereka sendiri tanpa memikir tentang risikonya. Mereka sepatutnya mempertimbang sama ada selamat atau tidak dan mengambil kira faktor-faktor penting seperti kebolehan diri, pengalaman, pasang surut air, dan sebagainya. Jika tidak berpengalaman, satu kesilapan mungkin dapat mengorbankan semua. Dan kalau air laut tidak tenteram, mereka mungkin ditarik oleh arus lalu hanyut. Jika mereka inovatif, mungkin mereka terfikir untuk menggunakan tali dan pelampung lalu dilempar ke arah orang tua itu. Ini tidak akan mengancam keselamatan sesiapa pun.

No comments: