Saturday, July 26, 2008

Karangan 4

Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya

Hari itu di sekolah, Johan pertama kali menggunakan komputer. Johan berumur lapan tahun. Dia amat kagum akan kebolehan komputer dan sangat minginginkan sebuah komputer peribadi. Sewaktu makan malam, Johan bertanya ayahnya, Johari, “Ayah, bolehkah ayah belikan Johan sebuah komputer? Johan telah mencubainya di sekolah pagi tadi. Johan mahu komputer sendiri.”

Johari pun mengangguk kerana sangat menyayangi anak tunggalnya, walaupun Johari tahu bahawa dia tidak mampu membeli sebuah komputer untuk sesiapa pun. Dia menghadapi masalah kewangan. Johari tinggal dengan isterinya dan Johan. Johari seorang pekerja di sebuah kilang, dan gajinya hanya menepati perbelanjaan sebulan sahaja. Selain itu, Johari dan keluarganya tidak mempunyai wang yang boleh digunakan untuk membeli apa-apa pun, apatah lagi untuk membeli sebuah komputer peribadi.

Isteri Johari, Rohani, telah memerhatikan perbualan antara mereka berdua. Dia terasa keberatan untuk berkata apa-apa di hadapan anaknya. Pada pukul sepuluh malam, Johan pun telah tidur. Rohani mula berkata kepada Johari, “Abang, tadi kau berjanji dengan Johan untuk membelikan sebuah komputer. Macam mana Abang mahu mendapatkannya? Kita sedang menghadapi masalah kewangan.”

“Saya tahu, tetapi saya mahu membelikan sebuah komputer untuknya kerana saya mahu Johan mendapat apa sahaja yang kanak-kanak lain mendapat supaya dia boleh menjadi seorang yang bijak dan senang dalam hidupnya nanti,” balas Johari, “Saya rasa saya akan mengambil pekerjaan kedua untuk mendapatkan wang.”

Dengan penuh azam, Johari mula mencari sebuah pekerjaan yang memerlukannya bekerja pada waktu malam, supaya dia boleh mengerjakan dua pertugasan. Dia mencari-cari di dalam akhbar dan akhirnya terjumpa sebuah pekerjaan yang boleh dikerjakannya pada waktu malam.

Pada setiap hari, Johari bekerja di kilang dan seterusnya ke kedai kopi di dekat rumahnya, di mana dia melakukan kerja keduanya pada waktu malam. Dia pulang ke rumah pada pukul sebelas setiap hari. Johari sentiasa terasa letih setelah bekerja selama 15 jam sehari. Tetapi dia tahu dia tidak boleh berhenti kerana dia telah berjanji dengan anak kesayangannya. Johari sedar bahawa setiap titik keringatnya merupakan biji tanaman untuk masa depan keluarganya.

Selama satu bulan, Johan tidak dapat melihat ayahnya pada waktu malam. Dia tidak tahu mengapa ayahnya keluar daripada rumahnya setiap malam, tetapi tidak pernah mencurigakan segalapun kerana diberitahu bahawa ayahnya bekerja lambat.

Pada suatu malam, Johan bertanya ibunya tentang pergerakan ayahnya, “Ibu, Ayah ke mana setiap malam?”

“Johan, kita sebenarnya tidak mampu membeli sebuah komputer. Tetapi, ayah awak telah mengambil pekerjaan kedua hanya untuk mengumpul wang untuk membeli komputer awak,” jelas Rohani.

Johan tersebak. Dia rasa bersalah, tetapi tersentuh. Hati Johan berkecamuk dengan perasaan yang bercampur. Bingung, “Mengapa Ayah berkorban sedemikian hanya untuk membeli sebuah komputer untuk saya?”

Daripada bilik tidurnya, Johan terdengar suara ayahnya. Dia terus bangun lalu ke pintu rumahnya untuk menegur ayahnya. Dia pun tanya, “Ayah, mengapa Ayah bekerja pada waktu malam hanya untuk membeli komputer saya?”

“Johan, apabila seorang itu berjanji akan melakukan sesuatu, dia harus menepati janjinya. Saya telah pun menepati janji saya padamu. Lihatlah di sana,” kata Johari, sambil menunjuk di arah sebuah komputer peribadi yang baru.

Johan mempelajari bahawa ayahnya itu seorang yang sangat mengagumkan kerana sangat baik hati. Dia mempelajari bahawa jikalau kita membuat sesuatu janji, kita harus menepati pada janji tersebut, seperti peribahasa ‘jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya’.

No comments: