Saturday, July 26, 2008

Karangan 5

PERTANDINGAN UJI BAKAT YANG DIANJURKAN STESEN-STESEN TELEVISYEN BERMANFAAT.

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat pertandingan-pertandingan uji bakat di televisyen seperti Idola Amerika, The Dance Floor, dan sebagainya. Namun, suatu isu yang boleh diperdebatkan ialah manfaat yang diperoleh daripada pertandingan uji bakat tersebut. Ada yang setuju, ada yang tidak. Contoh ini ialah rancangan-rancangan televisyen yang mengenal pasti bakat-bakat tertentu dalam diri peserta dan mengadakan pertandingan antara bakat-bakat yang terpilih untuk mencari juara, sering kali melalui undian secara besar-besaran, seperti Idola Asia, Star Search, dan sebagainya. Namun adakah pertandingan-pertandingan ini benar-benar bermanfaat?

Pertama sekali, pertandingan uji bakat ini bermanfaat kerana ia merupakan sebuah landasan di mana ramai orang yang berbakat dapat dikenal ramai. Apabila musimnya tiba untuk mengadakan uji bakat pusingan pertama, ramai orang akan mencuba nasib dan ketika ini, penonton di rumah dapat mengenali peserta-peserta ini, terutamanya bagi yang benar-benar berbakat. Jika peserta tidak memenangi apa-apa pun, mereka telah mendapat galakan untuk menceburi bidang tersebut. Sebagai contoh, rancangan ‘Britain’s Got Talent’ memaparkan semua peserta daripada pusingan pertama. Oleh kerana ini, ramai orang yang berbakat dapat menunjukkan kebolehan mereka kepada khalayak ramai. Dan para peserta yang tidak menang juga diberi peluang untuk menghibur para penonton dengan cara yang kreatif. Ini menunjukkan bahawa program-program pertandingan uji bakat ini bermanfaat kerana dapat menjadi saluranuntuk mencungkil bakat-bakat seseorang yang terpendam selama ini.

Walaupun peserta yang tidak menang telah mencuba, sering kali mereka menjadi mangsa kepada kata-kata yang pedad para pengadil. Para pengadil seperti ini memberi pandanganperibadi mereka tentang bakat peserta, dan mungkin terlalu pedas dan menyakitkan hati peserta. Sebagai contoh, seorang pengadil terkena di dunia muzik popular, terutamanya Idola Amerika, ialah Simon Cowell. Simon Cowell sangat terkenal keranakomen pedasnya terhadap peserta-peserta yang tidak menarik perhatiannya.Lantas, para peserta mungkin hilang keyakinan diri dan mula berfikir bahawa mereka benar-benar memang tidak berbakat, walaupun itu tidak benar. Ini merupakan kesan negatif pertandingan-pertandinganseperti ini kerana pertandingan-pertandingan uji bakat seperti ini boleh melemahkan keyakinan diri peserta yang berbakat.

Namun ada yang berpandangan pertandingan-pertandingan ini bermanfaat. Pertandingan uji bakat ini bermanfaat kerana dapat mengharumkan lagi nama negara di pentas antarabangsa.Seringkali,johan sesebuah pertandingandapat menolong negaranya dengan menarik perhatian orang asing kepada bidang muzik di negara tersebut. Johan pertandingan itu bertindak sebagai duta negaranya. Sebagai contoh, pemenang pertandingan Idola Singapura Kedua, Hady Mirza, telah mengambil bahagian dan mewakili Singapura dalam pertandingan Idola Asia, yang berperingkat antarabangsa di asia. Sejak kemenangan Hady dalam Idola Asia, nama Singapura harum. Di sampingan itu, rakyat Singapura turut berasa bangga menjadi warga negara yang memenangi pertandingan tersebut. Ini suatu manfaat kerana nama negara harum dan mendapat perhatian antarabangsa melalui pertandingan uji bakat tersebut.

Namun, boleh juga berlaku kes di mana wakil negara tersebut menconteng arang di muka negara yang dia wakili. Bukannya wakil negara ini mengharumkan nama negara, sebaliknya memalukan negara kerana perkara-perkara yang dilakukan. Ini kerana wakil negara ituseorang yang terkenal di peringkat antarabangsa dan terdapat jauh lebih ramai orang yang memerhatikan gerak geri mereka yang dianggap seperti selebriti ini. Tahun lalu, wakil Amerika Syarikat di pentas ‘Miss Universe’, Tara Connor, telah memalukan watannya kerana telah menyalahgunakan dadah. Ini telah membawa malu kepada Amerika Syarikat kerana warga negaranya yang tidak menunjukkan contoh yang baik. Ini berlaku mungkin kerana gaya hidupnya yang lebih mewah dan lebih banyak berpesta. Oleh itu, kesan-kesan buruk yang lain boleh berlaku, seperti mempengaruhi generasi muda secara negatif. Belia mungkinmenganggap dadah sebagai sesuatu yang normal dan tidak salah kerana mencontohi idolanya itu. Ini menunjukkan bahawa pertandingan ujibakat tidak bermanfaat, malah membawa kesan negatif yang amat buruk.

Meskipun begitu, boleh diperdebatkan bahawa bukan semua pemenang pertandingan uji bakat ini menjadi contoh negatif. Ada juga ramai pemenang yang menjadi contoh yang baik, kerana hidup mereka berubah menjadi senang dan mewah daripada hidup yan susah. Satu contoh ialah Paul Potts, pemenang ‘Britain’s Got Talent’, yang hidupannya seperti tikus jatuh ke beras. Sebelum memenangi pertandingan tersebut, Paul Potts merupakan seorang penjual telefon bimbit yang berpendapatan kecil. Pada mulanya, dia tidak berkeyakinan diri. Setelah memenangi pertandingan tersebut, Paul Potts lebih berkeyakinan diri dan menjalani hidup lebih senang. Ini salah satu contoh daripada ramai orang yang mengalami perubahan hidup yang sama, seperti Paul Potts, Jordin Sparks, dan lain-lain lagi. Contoh ini menunjukkan bahawa ada manfaat daripada pertandingan-pertandingan uji bakat kerana ia mampu mengubah nasib pesertanya menjadi lebih cerah.

Sebagai kesimpulan, saya bersetuju bahawa pertandingan uji bakat televisyen bermanfaat. Pertandingan-pertandingan serupa ini hanya sebagai wadah. Jika pemenangnya tidak berusaha dengan gigh, manfaat yang bakal diraih tidak akan berpanjangan. Saya harap pemenang-pemenang pertandingan seterusnya merupakan orang yang berhati mulia, supaya sesuai dicontohi.

No comments: