Saturday, July 26, 2008

Karangan 3

Tuan

Sikap Remaja Terhadap Kerja-kerja Kemasyarakatan.

Merujuk perkara di atas, saya, Azam bin Hamdi serang pelajar di maktab rendah ingin menyuarakan keprihatinan saya terhadap isu ini. Saya dapati bahawa remaja hari ini tidak lagi memandang serius terhadap kerja-kerja kemasyarakatan. Saya seorang yang aktif bergiat dalam kerja-kerja kemasyarakatan, kerana saya seorang anggota ‘Kelab Interaksi’ di sekolah. Kelab kami sering mengadakan kerja-kerja kemasyarakatan di pelbagai tempat bagi pelbagai badan kebajikan. Sejak kebelakangan ini, saya telah memerhatikan sebuah trend di antara para remaja hari ini yang semakin memandang ringan terhadap kerja-kerja kemasyarakatan.
Saya amat kecewa apabila berhadapan dengan rakan-rakan sebaya yang tidak mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja kemasyarakatan, seperti memungut dana, rawatan ke rumah-rumah kebajikan, dan sebagainya tanpa alasan yang tertentu. Sering kali saya mendengar alsan seperti sibuk, tidak berkelapangan dan sebagainya. Saya rasa alasan ini mungkin boleh menjadi penghalang kerana remaja mungkin terlibat dalam kegiatan lain seperti kegiatan luar darjah, atau aktiviti riadah dengan keluraga atau rakan-rakan. Alasan lain yang sering saya terima ialah remaja sudah memenuhi kriteria minima bagi program pelibatan pelajar dalam masyarakat (CIP). Saya rasa sistem CIP ini membutakan daripada sebab sebenar para pelajar harus melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, jikalau sistem ini ditiadakan, para remaja mungkin tidak akan membuat kerja-kerja kemasyarakatan langsung. Sebab-sebab yang telah dinyatakan menunjukkan bahawa para remaja yang menggunakan alasan-alasan ini hanya berfikir tentang diri sendiri. Pemikiran sebegini mungkin disebabkan oleh gaya hidup mereka yang terlalu selesa dan mewah. Ini menyebabkan mereka mudah melupakan tentang kesusahan orang lain.
Pemikiran yang sedemikian boleh membawa kesan-kesan yang amat membimbangkan. Kesan-kesannya boleh dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan pihak-pihak yang akan terjejas – individu, masyarakat dan negara. Di tahap individu, remaja itu akan lebih mementingkan diri dan tidak mengambil berat terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Dengan ini, remaja seperti itu akan sentiasa bertanya sama ada apa yang mereka miliki itu cukup, tanpa memikirkan tentang golongan yang kurang bernasib baik. Mereka juga tidak pernah menimbangkan tentang apa yang boleh mereka sumbang terhadap pembinaan masyarakat. Pada tahap masyarakat, pemikiran sebegini boleh menyebabkan masalah sosial, di mana semua warga masyarakat hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja dan bertindak sedemikian juga. Kita mungkin menjadi masyarakat yang tidak bersimpati atau tidak mempunyai rasa belas terhadap orang lain. Ini boleh menjejas negara kita. Jikalau warga kita tidak mengambil berat tentang orang lain, pelancong daripada negara+ lain mungkin tidak lagi gemar ke Singapura kerana tidak suka akan sikap warga Singapura terhadap mereka. Ini akan menimbulkan tekanan terhadap perkembangan industri pelancongan singapura. Di tahap negara pula akan timbul masalah jurang stutus yang semakin luas. Yang kaya akan menjadi lebih kaya, yang miskin, hidup mereka bertambah melarat ibarat busut juga ditimbuni anai-anai. Isu jurang status tidak boleh diambil ringan. Isu tersebut boleh menimbulkan lebih masalah lagi seperti peningkatan kadar jenayah dan rusuhan-rusuhan yang bakal menjejas keamanan negara.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan demi mengelakkan lebih masalah. Ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka agar para remaja dapat memahami sebab-sebab mereka harus melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Sekolah juga boleh memainkan peranan dalam mendidik para remaja tentang isu tersebut. Sekolah juga harus meringankan tekanan pelajar memenuhi jangka masa yang minima bagi CIP lalu menggalakkan pelajar agar membuat kerja-kerja kemasyarakatan dengan ikhlas semata-mata untuk menolong golongan yang memerlukan. Dan sebagai Kementerian Pembangunan , Belia dan Sukan, pihak Tuan harus mengambil langkah yang pertama. Pihak Tuan boleh mengadakan kempen-kempen untuk menyedarkan para remaja akan tanggungjawab mereka. Pihak Tuan juga dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan di mana para remaja dapat mempelajari tentang isu ini sambil berhibur,bermain dan sebagainya.
Saya harap tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya supaya dapat mengambil tindakan yang sempurna. Beliaulah yang mencorak masa hadapan kita. Semoga masyarakat kita maju kerana belia kita. Terima kasih.

Yang benar
Azam bin Hamdi

No comments: