Monday, April 30, 2007

karangan 1

Hari itu, aku tiba di rumah pada pukul enam setengah. Aku terdengar bunyi sepi dan kesunyian. Selalunya aku akan mendengar suara ibu, suara Hafiz atau bunyi televisyen. Hafiz selalu pulang ke rumah lebih awal dan menonton televisyen. Walaupun begitu, adikku itu sangat bijak. Dia sering mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaannya. Tahun ini, Hafiz akan menduduki peperiksaan sijil am peringkat ‘O’. Ibu amat dengan pencapaiannya. Ibu aku seorang suri rumahtangga. Dia selalu di rumah, mengemas dan membersih atau di pasar, membeli barang-barang untuk dapur. Ayah pula seorang pekerja di sebuah syarikat. Dan aku merupakan seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Singapura.
Aku membuka pintu rumah lalu menjenguk ke dapur dan di ruang tamu. Tiada sesiapa pun di rumah. Aku menelefon Hafiz, “Hafiz di mana?” aku bertanya.
Dia berkata bahawa ibu tiba-tiba sakit perut dan tidak dapat menahan kesakitannya. Mereka telah ke klinik untuk menjumpai doktor. Ayah juga bersama mereka. Beberapa jam berlepas. Pada pukul dua belas malam, ayah dan Hafiz pun sampai di rumah. “Ayah, mana ibu?”aku pun bertanya sambil mendampinginya.
“Ibu dihantar ke hospital dan harus bermalam di sana. Dia mengalami sakit di perut dan harus diletakkan di bawah perhatian doktor,” kata ayah.
Malam itu, aku menghadapi kesukaran untuk tidur. Aku masih memikirkan tentang ibu. Kata-kata ayah tadi masih terngiang-ngiang. Aku memikirkan tentang apa yang akan terjadi kepada ibu. Mungkin ibu mandapat penyakit barah atau pertahanan tubuhnya tidak akan berfungsi lagi, tetapi aku cuba melupakan sangkaanku itu.
Keesokan harinya, aku tiba di rumah pada masa yang sama. Kali itu, hanya Hafiz yang berada di rumah. “Abang, ibu menghadapi penyakit ginjal. Dia perlu ginjal baru untuk dibedah,” kata Hafiz.
Tiba-tiba terlintas di benak bahawa ibu masih sakit dan dirawat di hospital. Kemudian, ayah pulang ke rumah dan membawa makanan bungkus. Kami bertiga makan malam bersama. Aku berkata, “Ayah, saya mahu menderma ginjal saya.”
Ayah dan Hafiz berhenti makan dan melihat aku. Ayah marah dan berkata, “Tidak! Aku tidak akan menginzinkan kau menderma ginjal kau. Ia berbahaya. Tidak. Kita akan menunggu untuk penderma lain.”
Aku pun mendengus dan tidak selera makan lagi. Kemudian, Hafiz datang ke bilik aku untuk berbincang. “Abang tahu tak, kalau abang menderma ginjal, bermakna abang akan mengambil risiko yang tinggi, bukan sahaja sewaktu pembedahan tetapi juga akan menjejas anggota badan abang yang lain. Ia sangat berbahaya. Abang mungkin terkilan nanti.”
Aku tidak berkata. Keluargaku bercanggahan pendapat dengan tujuan murni aku membuat pilihan untuk menderma ginjal aku kepada ibu. Sekarang aku menghadapi dilema. Walau bagaimanapun aku tetap mahu menderma ginjal aku kepada ibuku sendiri. Masalah itu aku fikirkan masak-masak pada malam itu.
Keesokan pagi, aku tidak ke sekolah kerana hari sabtu. Kami bersiap untuk melwat ibu di hospital. Pada pukul sepuluh, kami bertolak. Kami tiba di wad rawatan ibu sejam kemudian lalu kami semua duduk melindungi ibu. Aku pun berkata, “Ibu, saya mahu menderma ginjal saya kepada ibu.”
Aku memegang tangan ibuku yang masih terbaring. Tiba-tiba, dia memelukku. Air mata bak mutiara mula berlinangan menitis dari matanya. Pada masa itu, aku tahu keputusan itu adalah keputusan akan aku ambil walau apa risikonya. Walau apa pun yang terjadi, aku tidak menyesal dengan keputusan yang telah aku ambil. Padaku, itulah pilihan yang terbaik.

No comments: