Monday, April 30, 2007

karangan 2

Tuan

ADUAN TENTANG REMAJA-REMAJA YANG KURANG SOPAN DI MRT

Berhubungan dengan perkara di atas, saya selaku penumpang MRT di Singapura ingin menyuarakan keprihatinan saya tentang kelakuan para remaja semasa menaiki MRT. Beberapa para remaja bersikap kurang sopan dan ini menjejas ketenteraman penumpang-penumpang yang lain.

Baru semalam, pada pukul enam petang, saya menaiki MRT dari Raffles Place ke Tampines. Di stesen Bugis, sekumpulan remaja yang berseragam sekolah menaiki MRT itu. Pakaian mereka kelihatan tidak senonoh dan mereka bersikap kurang sopan. Mereka memekik untuk berbual antara satu sama lain. Mereka juga menggunakan bahasa yang amat kasar. Salah seorang daripada mereka juga memainkan lagu di alat pemain muziknya dengan kuat. Ini semua mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang lain di gerabak MRT tersebut.

Pada masa itu, saya baru selesai bertugas dan mahu pulang ke rumah untuk berehat. Remaja-remaja tersebut benar mengganggu ketenteraman saya. Saya tidak dapat berehat pun walau untuk seketika. Mereka sangat bising dan kelakuan kurang sopan menyebabkan saya berasa amat marah. Ramai orang pun melihat kelakuan mereka dengan kehairanan kerana mereka tidak beradab. Ini bukanlah pengalaman saya yang pertama dan saya pernah melihat insiden seperti ini berlaku beberapa kali sebelum ini.

Saya berharap ibu bapa remaja-remaja ini akan lebih mengawal dan mengambil berat tentang kelakuan anak remaja mereka dan sikap remaja itu di tempat-tempat awam. Saya ingin cadangkan kepada sekolah-sekolah agar menjalankan program-program yang mendidik remaja-remaja ini tentang sikap mereka di tempat-tempat awam. Dengan sokongan daripada semua pihak, saya berharap masalah ini boleh ditangani dengan secepat mungkin.

Dengan ini, saya berharap pihak akhbar akan menerbitkan surat saya ini di halaman forum bagi menarik perhatian orang ramai dalam sama-sama berusaha untuk menangani masalah keruntuhan akhlak remaja ini.
Sekian untuk tindakan tuan. Terima kasih.

Yang benar

No comments: