Saturday, April 21, 2007

Tekanan

Tekanan tidak boleh dielak oleh ramai orang, terutamanya orang dewasa dan juga para remaja. Tekanan boleh berlaku kerana apa-apa hal yang dihadapi oleh orang yang mengalaminya. Bagi para remaja, tekanan boleh berlaku dalam berbagai bentuk, seperti tekanan rakan sebaya, tekanan ibu bapa, tekanan pelajaran, tekanan tugasan rumah, dan sebagainya.

Tekanan rakan sebaya berlaku kerana rakan-rakan sebaya seorang mempengaruhinya untuk melakukan perkara-perkara seperti membentukkan rambutnya seperti mereka, mengabaikan pelajaran dan melepak-lepak dengan mereka di kolong blok, dan dalam kes-kes yang lebih negatif, mencuri, menconteng benda-benda awam dan sebagainya. Perkara-perkara yang negatif membawa kesan-kesan yang buruk seperti denda oleh ibu bapa, sekolah, atau pihak polis dan sebagainya. Seorang yang tertekan itu harus memikir sematang-matang sebelum mengambil apa-apa tindakan. Tindakan yang diambilnya boleh meninggalkan kesan atas dirinya dan hidup sosialnya. Misalnya, jika dia menolak tekanan rakan-rakannya, mereka mungkin memusuhinya.

Tekanan ibu bapa wujud dalam banyak bentuk. Ini kerana mereka harapkan yang terbaik dalam apa-apa yang dilakukan. Terutama sekali, dalam pelajaran
remaja mereka. Ibu bapa menekan remaja mereka agar berjaya dalam pelajaran mereka, dan juga menimbang perkara-perkara lain seperti agama, keluarga, dan lain-lain perkara.Semua ini menyebabkan tekanan ibu bapa atas para remaja dan ini boleh menyebabkannya melakukan benda-benda yang membawa kesan negatif.

Tekanan tugasan rumah disebabkan oleh pembanjiran tugasan rumah daripada guru-guru sekolah dan perkara ini diperberatkan dengan kesuntukan masa dan kesibukan remaja itu. Ini juga boleh disebabkan oleh kekurangan upaya oleh remaja untuk membahagikan masanya dengan sempurna. Para remaja tertekan untuk menyelesaikan tugasan-tugasannya sebelum masa tamatnya.

Tekanan seperti yang telah dijelaskan harus dipedulikan sebelum ia menambahkan masalah utama yang dihadapi seseorang. Tekanan yang terlalu banyak akan menjejas kesihatan mental dan fizikal seseorang, dan juga boleh mengakibatkan fikiran-fikiran negatif dalam minda seorang yang tertekan itu. Seorang yang tertekan harus diberi dorongan sebelum tekanan itu menjadi kemurungan atau penyakit yang lebih bahaya. Oleh itu, kita harus sentiasa bersabar dan bertenang. Jika seseorang menghadapi tekanan, kita harus sentiasa sabar dan tenang supaya tidak menggangu fikirannya itu yang mungkin sudah tidak tenteram dan terbeban. Kita juga harus mencari pertolongan jika kita tertekan.

No comments: