Monday, April 30, 2007

karangan 3

Remaja- remaja kita hari ini tidak puas dengan keadaan Singapura hari ini. Di Singapura tidak banyak aktiviti yang dilakukan berbanding dengan lain negara yang pelbagai aktiviti-aktiviti seperti riadah dan rekreasi. Para remaja hari ini hanya berlepak di kolong blok atau di pusat membeli-belah jika mereka mahu menenangkan fikiran mereka. Semua ini disebabkan oleh kerajaan Singapura yang terlalu fokus terhadap pendidikan. Murid-murid hanya ada masa untuk belajar dan kurang tempat untuk beriadah.
Satu sebab Singapura membosankan ialah kekurangan tempat atau kemudahan yang disediakan untuk melakukan aktiviti riadah dan rekreasi. Tanpa tempat atau kemudahan yang disediakan, para remaja tidak dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan mudah. Contohnya, di Singapura tiada kemudahan untuk melakukan aktiviti terjun bungee. Jika seseorang mahu melakukan aktiviti tersebut, dia tidak dapat melakukannya di Singapura. Dan ini menyusahkannya lalu menghalangnya daripada melakukan aktiviti itu. Malah, dia harus ke luar negeri untuk melakukannya. Contoh ini tetap menjelaskan huraian ini tentang kekurangan kemudahan.
Para remaja mungkin tidak dapat beriadah dan berekreasi kerana kos yang tinggi untuk aktiviti-aktiviti tertentu. Para remaja hanya pelajar dan belum bekerja dan mendapat wang untuk berbelanja sesuka hati, dan para remaja hanya mempunyai masa yang terhad, terutama sekali hari Isnin hingga Jumaat. Para remaja tidak mampu bermain boling selepas sekolah. Ia merupakan aktiviti yang mengambil masa yang agak lama dan memakan kos yang tinggi. Jadi, kos yang tinggi menyebabkan remaja mengelak daripada aktiviti itu kerana bayaran yang dikenakan.
Singapura sebuah negara yang kecil dan kurang alam semula jadi, seperti gunung, sungai asli dan lain tempat untuk kegiatan-kegiatan lasak. Alam semula jadi boleh dijadikan sesuatu tempat yang indah dan murah untuk beriadah atau berekreasi. Ini menyebabkan Singapura membosankan kerana kurangnya tempat untuk kegiatan-kegiatan lasak.
Para remaja selalu sibuk dengan projek dan tugasan sekolah. Oleh sebab ini, mereka tidak mampu keluar berhibur. Ini kerana Kerajaan Singapura yang terlalu fokus terhadap pendidikan dan bukan rekreasi dan riadah. Oleh sebab ini, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh para remaja di Singapura. Contohnya, seorang remaja yang sibuk menyelesaikan projek atau tugasannya tidak dapat keluar berhibur.
Disebabkan oleh semua faktor-faktor tersebut, para remaja sangat bosan dengan Singapura dan sering dijumpai berlepak di kolong blok atau di pusat membeli-belah. Ini menunjukkan mereka tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti lain.
Dengan huraian-huraian tersebut, saya bersetuju dengan ungkapan “Singapura Membosankan”. Singapura kurang aktiviti-aktiviti untuk dilakukan. Singapura harus membina atau mengadakan lebih kemudahan untuk aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh para remaja. Dalam kata-kata lain, Singapura menduga cantik tetapi membosankan.

No comments: